Sunday, 31 August 2014

Pelajar UITM Sambut Kemerdekaan Malaysia Ke 57 Dengan Cara Tersendiri


Pulau Perhentian 31 OGOS - Kira Kira Seramai 31 Pelajar UITM dari 3 Alumni dari kelab reakreasi UITM Malaysia(KRESMA) Serta seorang pegawai pengiring menyahut menzahirkan semangat petriotik dan rasa bersyukur atas kemardekaan yang di kecapi dengan berkayak selama 7 hari di Lautan Cina Selatan. Meraka mengharungi lautan bergelora untuk singgah ke 8 buah pulau di sekitar terengganu sebagai simbolik tarikh keramat 31 Ogos Negara Mencapai Kemardekaan



Program dikenali KRESMA MARDEKA 57:Exspedisi kayak pemuliharaan laut ini bermula pada 25 Ogos hingga 31 Ogos 2014. Cabaran Berisikol tinggi yang sangat mencabar serta julung kalinya diadakan ini adalah anjuran KRESMA dengan kerjasama pusat sukan UITM dan bahagian Hal Ehwa Pelajar UITM.
Cabaran berkayak selama 7 hari merentasi lautan cina selatan menuju 8 buah pulau di terengganu dan antaranya pulau gemia, pulau kapas, pualau bidong,pulau redang,pulau lang tengah,dan pulau perhentian kecil dan besar.
Sasaran juga telah ditentukan dengan misi memecah rekod jalur gemilang terbesar di permukaan air ke dalam malaysia book of record(MBR) DI BAWAH KETOGERI"high Performance Achievement 2014"

Penamat kepada program KRESMA MARDEKA 57: Ekspidisi Kayak Pemulihan Laut UITM 2014 Ini membentang jalur gemilang terbesar bersaiz 60m x 30m di permukaan laut perairan pulau perhentian.

Selain itu program ini turut berhasrat untuk berbakti kepada masyarakat dan alam sekitar,selaian melakukan pembersihan kawasan persisir pantai di setiap pulau yang di kunjungi.satu program pemeriksaan kesihatan secara percuma juga di buat untuk penduduk pulau perhentian.

Majlis penutup program ini di lancarkan oleh adun kuala besut YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku ABd Rahman Pada 31 Ogos di dewan terbuka pulau perhentian

Gambar Gambar Di SINI